Saturday, February 5, 2011

Puding Koktail

Salam Sabtu yang terang. Lately agak sibuk, ipar duai semua balik di rumah mak mertua. 
Apapon, mari jamu mata dengan puding koktail yang mudah disediakan ni. Sedap di makan sejuk, letak ais sikit dalam tu memang best. Resepi dah lama dapat, tapi tak ingat ambil dari mana. Resepi di bawah adalah resepi yang telah diubahsuai serba sedikit oleh saya.

Bahan2:
Untuk Puding
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
1 sudu gula

Untuk kuah:
1 tin susu cair
1 tin fruit koktail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 sudu tepung kastad (dilarutkan dalam sedikit air)

Cara:
Untuk puding:
Masukkan semua bahan2 di dalam periuk dan masak hingga kelihatan pekat dan likat lutsinar.
Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ke dalam acuan, atau bekas loyang.

Untuk kuah:
Masak semua bahan di dalam periuk hingga gula larut.

Puding yang telah disejukkan dipotong kecil (jika guna loyang) dan dihidangkan bersama kuah dan kiub ais.

10 comments:

Deliah's Deli said...

waduh,enak banget nih :p~

dZana said...

isshh.. sedap ni norul. myegarkan..

~Norul Mas Hana ~ said...

Deliah's Deli n dZana,
bestt...mmg menyegarkan.. =)
senang je nak buat..

Ida Ddapur said...

norul..puding ni mmg sedap sgt bila masuk tekak..sejukk jer rasa...

azian said...

suka makan puding yg sejuk ajer bila masuk kedalam mulut mcm ni....

Nieza said...

Norul, ni memang my fav ni..mcm mana leh terlepas pandang singgah sini...kalau tak leh tapau semangkuk...hehe sedap ni:)

::Azura Rahman:: said...

lama x wat puding.. sedapnyerrrr

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Ida,
mmg best sejuk2 masuk tekak..hihi

kak azian,
nyaman gitu...

Nieza,
alamak camne leh terlepas..hihi..takpe lain kali leh buat lg..2 mangkuk saya bagi.. =)

Kak Zura,
Akak lagi terel..macam2 puding pandai buat..apatah lg kek..hehe..bila la saya nak pandai macam akak.. =)

gdiamy1 said...

huhuh..my favourite.....nie yg nk suruh my mum buat nie.....

Miss Fetty said...

wah feveret nih,, nyum nyum sejuk jer masuk tekak