Wednesday, February 9, 2011

Mi Lidi Rebus

Mi lidi ni sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selalunya saya buat untuk sarapan, anak2 saya suka makan mi. Kalau masak mi memang habis dan tak cukup pulak.hihi.. Masak senang dan cepat, janji sedap dan mengenyangkan. Resepi yang selalu saya praktikkan seperti di bawah:

Bahan2:
1 bungkus mi lidi
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dicincang
1 kiub ayam knorr
2 cawan air
1/2 inci halia
1 batang serai diketuk
sedikit asam limau
1 batang lobak merah dipotong kecil
brokoli
bunga kobis
1 sudu lada hitam kisar/tumbuk
garam secukup rasa

Cara2:
Masak air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan mi lidi yang telah dibasuh dan masak selama 4minit.
Setelah mi sudah masak, keluarkan air yang panas tadi dan siram mi dengan air sejuk. Ketepikan.

Panaskan minyak didalam periuk dan tumiskan bawang putih cincang sehingga kekuningan, kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan halia. Masak hingga ayam agak garing atau airnya keluar, masukkan air,serai, lada hitam, kiub ayam, garam. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan pula sayur-sayuran tadi dan asam limau. Tutup api apabila sayuran sudah masak (saya suka sayuran tu agak rangup, masak sekejap saje).

Bolehlah dihidangkan mi tadi bersama kuahnya. Kalau nak masukkan mi ke dalam periuk kuah pon boleh tapi saya prefer masukkan kemudian, tak suka mi tu kembang sangat nanti.

*boleh juga masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato, saya tak ada pulak stok tu. 
Saya makan dengan cili kicap untuk bagi rasa pedas. Anak2 tak makan pedas. =)

15 comments:

zarin said...

salam singgah kembali
mee lidi ni suami dan anak suka makan tp sy agak kurang suka
slalunya goreng je. tk pernah pulak buat rebus mcm gini..nanti boleh cuba la..mana tau kot2 dorang suka

HALAMANKU said...

Salam kunjungbalas... tqvm sudi singgah blog erma n follow.. erma follow kembali... kita link yer...
sedap mee lidi tu.. nyum3...

Ayu said...

Assaalam norrul,
mee lidi, akak tak pernah dengar..
dia macam spaghetti ke?..kena celur dulu? sedap nampak mee ni suka hirup kuahnya..

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm zarin, erma dan kak ayu..

zarin,
try la,mana tau anak2 suka...

erma,
tqvm jgk..

Kak Ayu,
dia lembut sikit dari spaghetti..
tak kenyal2 macam spaghetti..tatau lak nama lain dia..saya ikut arahan kat paket tu, kena celur dulu..hihi

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Kuah dia nampak terliur, sodap tu Norul. Anak-anak mesti suka,kena coba ni.

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Paty..
anak2 saya suka hirup kuahnya..mak dia pon..hihi..try la.. =)

Bee said...

betul tu norul, simple tp sedap:D

~Norul Mas Hana ~ said...

Bee,
btul3x ;)

Sofea said...

akak suka sgt mee sup mcm ni..bak semamgkuk..!

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Sofea,
nak semangkuk jeke? hihi

Nieza said...

sedapnya kalau dapat hirup kuah ni...hmmm..memang best ni..ada lagi tak nk order semangkuk...hehe

LinRosly said...

Assalamualaikum...Sedapnya Nampak Mee Ni...Kak Lin Suka Kalau Masak2 Sup Ni...

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm,

Nieza,
dah takde dah..lain kali yer..hehe..2 mangkuk saya bagi =)

Kak Lin,
memang sedap kak..sup mmg best... =)

zana said...

msk2 camni tak jemu makan.. klau akk yg penting ada sambal kicap.. mmg umppp

~Norul Mas Hana ~ said...

kak zana,
btul tu kak..ada sambal kicap berselera je..menambah mkn..hihi