Sunday, January 16, 2011

Bawal Sweet Sour


Bawal sweet sour ni senang sangat nak buat...Isi ikan bawal yang juicy tu memang best..

Bahan2:
Seekor ikan bawal 
1 sudu besar tepung jagung
2 biji bawang besar*
1 biji bawang putih*
(bahan2 bertanda * dikisar)
1 biji cili merah dihiris (saya letak cili hijau)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara2:
Ikan bawal di salutkan dengan tepung jagung dan di goreng hingga kekuningan, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar sehingga naik bau, masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan sedikit air, kemudian masukkan garam dan gula. Apabila dah mendidih, masukkan ikan bawal tadi.
Kemudian masukkan bawang yang dihiris bulat, cili merah dan tomato yang dipotong dadu. Bila bawang kelihatan dah layu, bolehlah diangkat. 

No comments: