Monday, January 24, 2011

Puding Roti

Sebelum dipotong
Setelah dipotong
Bila ada roti yang dah nak expired tapi nampak macam tak berapa laku tu, buatlah puding ni..Nak elak membazir...Buat macam ni,gerenti habis... =)

Bahan2:

11gm agar2
1 cawan gula pasir
5 cawan air
7 keping roti
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
3 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung kastad
pewarna merah dan hijau

Cara2:
Masak agar2 dengan gula pasir dan air sehingga hancur.
Kisarkan roti, susu cair,susu pekat,telur,tepung jagung, tepung kastad dalam blender hingga sebati.
Masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk agar2 tadi.
Masak sehingga mendidih, kena sentiasa kacau supaya tak hangus.
Bila dah masak, bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna.
Letakkan sesenduk ke dalam loyang berselang seli sehingga habis.
Bila dah sejuk boleh diletakkan ke dalam peti sejuk.
Sedap dimakan sejuk...

Sumber: Myresepi

8 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Cam senang je. Cuma nak tya norul guna agar2 serbuk atau yang biasa tu?

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak sam..
mmg senang je...try la..guna agar2 biasa..yg tali tu..

chikadakbiru said...

As Salam..
3/4 tin susu cair ke susu pekaat ? hihih

~Norul Mas Hana ~ said...

aisehh...silap la..haha..susu pekat tu..thanks bgtau..kekek

chikadakbiru said...

kebetulan ternampak...hihihi biasala..typing error...sy follow yea
tq sudi ziarah blog sy...

~Norul Mas Hana ~ said...

ok...thanks jgk sudi singgah =)

azinfadamha said...

puding roti ni mmg sdap...dulu kakak af ada ajar..slalu gak buat...tp skang huhu..tunggu abih pantang kot buat plak..hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

af..takpe..nnt akan sampai masa semua benda nak makan..mintak la kakak buatkan..bila lagi..hihi