Tuesday, January 25, 2011

Bendi Goreng Sos Tiram

Ini sayur untuk lunch. Ada sayur bendi tapi nak cuba resepi baru. Biasanya masak berlada dan letak dalam kari atau singgang ataupon rebus gitu je makan dengan sambal. Sekali ternampak kat blog Resepi Raidah resepi ni, makanya mencuba la dengan jayanya. Alhamdulillah.. Kak Raidah, mintak izin share sini yerr.. Sedap dan mudah disediakan, itu yang penting.. =)

Bahan-bahan:
15 biji bendi
5 ulas bawang putih ~ didadu kecil2
1 sudu besar udang kering yg telah disangai dan dimesin halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 keping asam keping ~ guna untuk merebus bendi
Air
Garam (jika perlu) dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
**Kalau ingin pedas, bolehlah tambah cili api yg diketuk atau ditumbuk.


Cara penyediaan:1. Panaskan air dan masukkan asam keping ke dalam periuk. Bila air mendidih masukkan bendi yg telah dibersihkan dan masak hingga bendi masak. Angkat dan toskan airnya. Bila dah agak sejuk buangkan hujung dan pangkal bendi tadi.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih sehingga garing dan angkat bawang tadi.
3. Dengan menggunakan api yg besar, masukkan sos tiram dan kicap serta air. Kacau rata. Perasakan masinnya. Saya suka letak sedikit gula utk menyedapkan lagi rasa. Masukkan bendi dan tutupkan api.
4. Angkat dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng dan udang kering.



Sumber: Resepi Raidah

4 comments:

Nieza said...

sedap juga bendi ni buat mcm ni yer...simple..btw tq singgah my blog...saya follow yer..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

hai niza..mmg pon simple..bolehlah nak varietykan jenis masakan..hehe..tq singgah n follow =)

Siti Mariam Hussain Zaki said...

salam,t.kasih singgah blog mariam...biasanya mariam masak bendi nih letak dlm kari,singgang atau goreng telur je...lps ni bolehla try mcm nih pulak,mesti sedapkan....(mariam mintak link ye.. :-))

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm mariam...terima kasih jgk jenguk sini..try la buat.. =) silakan share link..