Thursday, January 20, 2011

Kailan Goreng Belacan

Ini sayur untuk lunch hari ni. Senang dan cepat disediakan. Selain sayur kangkung, kailan juga mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi yang baik untuk penglihatan, kulit dan daya tahan badan terhadap infection. Haa..banyak khasiatnya. Saya sekarang masih lagi berusaha mengajar anak2 makan sayur2an ni.. Buat masa sekarang ni anak2 hanya suka makan lobak dan cauliflower saja..Masa untuk mengajar anak2 makan sayuran hijau pula... =)

Bahan2:
3 pokok sayur kailan dipotong
*bahagian batang dihiris nipis
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
(bahan bertanda * ditumbuk kasar)
secubit belacan bakar
garam secukup rasa
sedikit air

Cara2:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk dan belacan sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bahagian batang yang dihiris nipis,biarkan seketika sehingga sayur agak lembut kemudian masukan garam dan sayur bahagian daun pula. Apabila sayur kelihatan layu boleh lah diangkat.

2 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Salam perkenalan. Nampak noruk kat dapur k nor. Akak pun baru nak belaja masak gak. So sama2 le kita ye.

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak sam..
Salam perkenalan jugak...thanks sudi singgah blog saya...Jom sama2 blaja masak..hihi