Thursday, April 14, 2011

Ayam Goreng Tom Yam

Salam bahagia semua. Masak apa untuk lunch hari ni? Saya nak cerita pasal ayam goreng tom yam ni. Mungkin dah ada ramai orang cuba, tapi siapa yang belum cuba disarankan cuba yer...memang sangat sedap. Mulanya saya memang nak masak ayam, tapi rasa nak cuba  resepi baru. Jadi berjalan2 lah ke dapur kawan2. Ternampak resepi ayam kat blog Kak Yatie macam best. Bahan2 pon ada, maka terjadilah Ayam Goreng Tom Yam untuk lunch hari ni..Katanya resepi ni dari Wana yang dapat dari Majalah Rasa...Apapon minta izin Kak Yatie yer, saya nak CNP resepi kat sini untuk rujukan masa depan...Terima kasih Kak Yatie dan wana serta pemilik asal resepi ni.. =)


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 sudu makan pes tomyam (saya guna kiub tom yam)
  • 10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )(saya ganti dengan cili merah dihiris)
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis (saya guna limau kasturi)
  • 2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
  • 1 biji buah tomato ( belah 6 ) (saya ganti dengan lobak merah)
  • garam
  • sedikit gula ( optional )
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut
Cara penyediaaan
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
  5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan. (saya tak masukkan tomato tapi masukkan lobak merah)

6 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
akak kopi ini resepi yerk.

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak sam...
sila kak..best ni... =)

Yatie said...

Assalamualaikum Norul,
Tq cuba resepi ni..mmng sedapkan..akak pun suka msk mcm ni..ringkas dan sedap...tetiba laporlah plk tngk lauk Norul ni...

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak Yatie,
yg bestnyer,ringkas tapi sedappp...
hihi..thanks kak yatie share resepi ni...ada lg ni, meh la..hihi

Unknown said...

wahhhh sedapnya tgk ayam ni...terliur dh akak kat sini...nk kena pi cari ayam dulu ni hehe..
btw tq atas wish dan doamu dik semoga dimakbulkan Allah..amin..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak nieza dah makan? hihi..kalo dekat leh saya hantor semangkuk dpn umah..Moga semuanya yang terbaik untuk Kak Nieza =) Amin..