Salam bahagia semua..Semoga hari ini dan hari2 mendatang menjanjikan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.. Pagi ni sarapan apa yer? Biasala, bila dah menjadi ibu atau isteri ni, banyak yang hendak difikirkan terutamanya santapan apa yang hendak dihidangkan. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam, kadangkala supper juga.. =) Biasanya kat rumah saya ni, pasti ada stok mi kuning atau kuey teow dalam freezer, sebab permintaan untuk mi ni memang tinggi. Wat Tan Hor ni antara menu biasa kat rumah saya untuk sarapan. Saya guna resepi dari Myresipi sebab mudah dan sedap. Bahan2 pon semua yang biasa ada di dapur saya.Saya nak kongsi resepi di sini, terima kasih kepada empunya resepi, minta izin dikongsi di sini yer…resepi ni telah diubah serba sedikit mengikut selera saya... =)
Bahan2:
Sebungkus kuey teow
2 ulas bawang putih
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu lada sulah
Cara2 (untuk kuey teow)
Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih yang dicincang halus hingga kekuningan. Kemudian masukkan kuey teow,kicap pekat, sos tiram,kicap manis dan lada sulah. Gaul sebati sehingga kuey teow masak. Ketepikan.
Bahan2 (untuk kuah)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia dihiris
1 cawan air
Semangkuk isi ayam di potong kecil
3 ekor Sotong dipotong
3 ekor udang
Sedikit sayur2an (lobak, sawi, brokoli, jagung putik yang dipotong)
Sedikit garam
1 biji telur
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara2 (untuk kuah)
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sotong dan udang. Apabila dah menggelegak masukkan sayur2an. Bila sayuran dah layu sedikit masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh tadi, sedikit garam dan kemudian masukkan pula telur. Kacau supaya telur tadi hancur, dan boleh lah dihidangkan bersama kuey teow tadi.
p/s: Jika nak lebih pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk bersama ayam tadi.
7 comments:
Nampak sedap ni Norul..boleh kak cek try nanti....copy resepi ya...
Salam Norul...
Sedap Wat Tan Hor..kami sekeluarga mmg suka mkn apa jenis mee.. Tapi yg paling best kalau dpt beli mee di JB.. tak tahu kenapa tapi kalau beli di JB anak2 akan bertambah mkn esp mee kuning.
Mama follow Norul yer :D thnks :)
Norul...antara favourite kak norli ni!!! memang suka makan Wan Tan Hor..ni..akak kalau dari Kl ke Peanag mesti singgah d Tapah ..makan Wan Tan Hor dia...sedap giler....Oh ya tq singgah s blog akak hari tu na....nk balas singgah ni..ari ni baru free...tu mai jalan d umah Norul...sementara baby dok lena...he..he..
wahh sedapnyaaaa!! nieza suka ni...semua jenis mee/ k.teow nieza suka...suka mkn tapi nk buat melas..hehe
Kak Chek,
sila2..copy dan try yer.. =)
Mama Hawa/Mama Hani,
Mee di JB best yer? nnt kalo saya ke JB kena try lah..hihi
Kak Norli,
Di Tapah ada wat tan hor sedap yer? selalu jgk lalu kot tapah kalo ke utara, kena cari lain kali nih..hihi
Issnita,
Cubalah buat...tahnks sudi singgah..
Nieza,
ehhe..kalau org buatkan mmg la sedap..saya pon macam tu jgk.. =)
Salam..Wat Tan Hor..kegemaran ni...makan ngan cili potong memang ngammmm
Sue@nenie
wkmslm..betul tu..mmg ngam..menambah selera =)
Post a Comment