Friday, April 22, 2011

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut

Salam ceria semua..apa khabar hari ni? Moga semuanya diberikan Allah SWT kesihatan yang baik. Hari ni saya nak cerita pasal satu resepi yang baru saya cuba. Resepi ni hasil godekkan  di dapur Kak Nor Secubit Garam (lagi). Wahh..tak sangka, masakan ni memang sangat sedap dan lain dari yang lain. Aroma daun limau purut tu memang sangat harum dan membangkitkan selera. Menurut Kak Nor ni resepi masakan Thai. Limau purut kan macam sinonim je ngan masakan Thai ni.. Tapi kali ni saya guna ikan biasa je (tatau nama ikan), yang ada dalam freezer. Lain kali boleh try ngan ikan besar2 macam siakap ke..wahh..mesti lagi sedap.. Saya nak share kat sini resepi tu dan untuk rujukan masa depan juga, minta izin yer Kak Nor.. Terima kasih banyak2.. =)



IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam (saya pon)
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.



*saya guna cili merah hiris..tak boleh pedas sangat, anak2 tak makan pedas.. =)

10 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam, sdp kan lauk ni akk pun dah pernah bwt, ank bujang akk suka kat sosnya, rasa seakan tom yam...

anymz said...

tengok bahan2 tu pun akak dah tau sedap..makanan thai ni memang tak jemu2 kan ?..

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak sheila,
haah..sedap..btul tu kak..daun limau purut tu yg buat rs mcm tomyam tu..

Kak Anim,
btul tu kak anim...masakan Thai mmg best2..mkn bertambah la..konfem!!hihi

K.Nor said...

lama betul tak buat masakan ni.. kena cari ikan dulu :)

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Nor,
wahh...sifu datang...terima kasih atas perkongsian.. =) gi cari ikan cepat..hihi

cik cek said...

salam hana...

lauk cam ni memang sedap...hirup kuahnya...emmmm..slurp...slurp...
sedapnya....

missgee said...

Akak,
Makan ngan nasi panas boleh tambah nasi
berganda2.. :)

Nieza said...

memang sedap dgn harum limau purut lak tu lagi ler menyelerakan..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm cik cek,
mmg sedap...sehingga menjilat jari =)

missgee,
btul tu...x elok utk org berdiet..ahhaha

Kak Nieza,
aroma limau purut tu yg istimewanya.. =)

Along Maklong said...

norul.. lepas ni maklong bolehlah cuba resepi ni kan.. biar ada kelainan..
hari tu buat, tapi sambalnya agak kering..