Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati..
Salam hujung minggu untuk mereka2 yang di luar Kedah, Terengganu dan Kelantan. Koner weh cuti ni? Kalau di Terengganu ni, hari bekerja dan sekolah. Pagi2 tadi dah menghantar anak sulung saya ke PASTI, tapi tak ada orang. Tiba2 ada orang jerit2 kat saya.. 'Dok skoloh arinin'...Rupanya pakcik yang jual makanan pagi guna basikal tu yang jerit kat saya dari seberang jalan. Lalu saya pon membalas jeritan beliau (aiseh), 'Bakpe?'..dan pakcik tu membalas 'Dop tahu gok, skoloh ada sukang gamok'. Ohh wohh..kenapa aku tidak ketahuan nih? Hari ni anak saya tu bermood baik nak ke sekolah, dah tak sekolah pulak. Haha..Ntah2 dah di bagitau kat anak saya, tapi biasalah kanak2, baru 4 tahun..tak pasti apa dah berlaku sebenarnya. Khamis minggu lepas pon balik sekolah, abinya yang ambil. Tapi abinya kata cikgu pesan nak salinan surat beranak je, tak ada pulak kata Ahad depan tak sekolah. Huhu..makanya patah balik lah ke rumah..sambung tengok katun lak kat rumah..huhu..Ok2..dah habis bab tu..nak cerita pasal pantun di atas pulak. Sebenarnya bukan cerita pantun tapi cerita Cucur Pisang ni, saya buat guna pisang emas. Seperti biasa nak letak resepinya kat sini...
Bahan2:
6-7 biji pisang emas masak dilecek dengan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu soda bikarbonat
air secukupnya
3 sudu gula
secubit garam
Cara2:
Gaulkan semua bahan2 di dalam mangkuk sehingga sebati. Tambahkan air untuk mendapatkan adunan yang baik (tidak terlalu pekat atau cair).Kemudian di perap selama lebih kurang 30minit, barulah digoreng dalam minyak yang panas. Cucur akan lembut walaupon telah sejuk.
5 comments:
Comel2 ....bulat2 cekodok pisang tu...
debab2 cekodok tu..sedapnyaaaaa.
salam kenal..sedap mkn time ptg2 ni...
nurul .. gebunya cucuq tu
kak Cek,
dia jadi kembung comel jer..hehe
kak anim,
senang sikit debab2..cepat siap masak..erkk..hihi
kunangkunang,
salam kenal juga...btul tu..sesuai minum petang
kak norlie,
mmg gebu kak..lembut je.. =)
Post a Comment