Monday, April 11, 2011

Pencuk Mangga

Salam bahagia semua..dua tiga hari baru2 ni asyik hujan je kat Kuala Terengganu, hari ni nampaknya dah cerah..Sekarang ni musim mangga ke ek? Sebab pokok2 mangga kat rumah mak mertua saya ni semuanya berbuah lebat. Termasuklah pokok di depan rumah yang dalam gambar ni. Lebat sungguh buahnya, kalau tak silap ni jenis pelam epal. Rangup2 gitu kalau yang muda, buat colek sebab juga..aisehh, kecur air liur..hihi...

Yang ni pulak gambar dekat sikit. Geram nengoknya, ambil galah jolok yang besar2 sikit tu...Nak buat pencuk untuk tengahari ni.Pencuk ni senang je, lebih kurang macam acar jugak.

Untuk resepinya seperti di bawah:

Bahan2:
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji mangga muda dihiris memanjang
1 biji cili merah dibuang biji dan dihiris
1 biji limau kasturi diperah ambil jusnya
sedikit garam dan gula

Cara2:
Gaulkan semua bahan2 didalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan untuk semuanya serasi gitu...

Selamat mencuba... =)

2 comments:

Nieza said...

amboi kecur liur nengok manga tu...kerabu pegaga tu pun akak suka..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

kak nieza,
memang tak tahan kalo ada depan mata..hiihi..mangga ni dah lama pon still rangup..krup krup gitu