Friday, April 29, 2011

Kerutup Ayam Kampung

Salam petang Jumaat yang penuh berkat... Nampaknya cuaca hari ni di Kuala Terengganu terang sangat. Kain baju yang dijemur pagi tadi pon dah kering dan siap berlipat. Alhamdulillah, settle satu task. Kot2 petang ni leh tengok Royal Wedding tuh..hihi..Makan apa ye lunch hari ni? Saya ada masak Kerutup Ayam Kampung ni. Resepi saya ikut kat belakang paket serbuk rempah kerutup cap Adabi. Alhamdulillah menjadi dan sedap...Saya nak letak resepi kat sini lebih kurang macam yang kat paket yang dah selamat masuk tong sampah..

Bahan2:
1 ekor ayam kampung dipotong kecil
1 batang serai diketuk
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan bertanda * dikisar
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan
1/2 sudu pes asam jawa
1 mangkuk air
1 paket rempah kerutup ayam/daging cap Adabi
1 biji lada merah dipotong empat (tak putus)(nak lebih pon takpe)
garam dan gula merah secukup rasa

Cara2:
Satukan bahan2 kisar bersama rempah kerutup dengan sedikit air dijadikan pes. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk kemudian masukkan bawang putih yang diketuk bersama serai yang diketuk. Apabila naik bau masukkan pes rempah tadi dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air, santan, kerisik,ayam,pes asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa. Masak sehingga ayam betul2 empuk. Sekiranya kuahnya agak pekat, bolehlah tambahkan sedikit air lagi mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

*saya biasa memang kena masak berkuah lebih sikit sebab ahli keluarga suka masakan berkuah..tapi jangan risau, kerutup ayam ni memang kuah nya agak pekat.
*kuahnya juga sedap dicicah dengan roti.

11 comments:

Unknown said...

wahh sedapnya kerutub ni norul...sungguh menyelerakan:)

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Sedapnya kalau dapat wat makan lunch ni.

Along Maklong said...

hari ni lauk kita sama.. ayam..
resepinya je lain..
maklong kena cuba ni.. sebab nampak sedap je.. :D

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Nieza,
saya makan bertambah nasi ni..mkn lak ngan sambal tempoyak cicah ngan baby timun..wahh

Kak Sam,
mai sini nak hulur semangkuk... hihi =)

Maklong,
oo yeke...sama lak lauk kita yer..cubalah maklong, mmg sedap..kena cari rempah kerutup lg buat stok.. =) mkn ngan nasi minyak pon sedapp..

K.Nor said...

sedapnyer!! kena pulak tu dgn ayam kg..lama tak buat kerutup.. kalau makan dgn nasi kunyit/pulut kuning tu.. fuhhh... terangkat! :)

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Nor,
betul tu kak nor..mkn ngan nasi kunyit mmg ngam sangat..ayam kg ni ada rasa lain skit dr ayam bandar..tu yg lagii sedap tu.. =)

Unknown said...

jom join diariummi giveaway semoena ulang tahun ke 2

diariummi.blogspot.com

EJHarraz said...

sehati sejiwa pulak kita hari ni..ayam kerutup..tp kita ayam bandar..hehe..sedap nampaknya ayam kerutup nurol tu..mkn dgn roti/pulut kuning uishh..sedap

CT Delima said...

Assalamulaikum Norul

Mengancam lah hidangan dari Norul ni. Tapi kalau kat rumah kak ct ni, ayam kampung hubby kak ct jer yang suka, tapi kena masak kari lah :D

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak norlie,
Insyaallah kalau ada kesempatan..

Iza Akma,
sama lak kita yer..btul tu..saya sempat jugak buat cicah ngan roti..mmg sedap..

Kak Ct,
Wkmslm..ayam kampung ni lain sikit liatnya tu..kalau masak ayam kampung spesel utk hubby kak ct je la ekk..hihi

suri solehah said...

salam..tengok kerutup..tak tahan..tengok ayam kampung...lagi tak tahan..huhu...mana nak cari ni