Monday, January 31, 2011

Nasi Minyak

Salam hari Isnin yang terang...Alhamdulillah, hari ni agak terang dari sebelum2 ni. Hampir setengah hari habis di hospital tadi. Tak larat nak mengejar si hero yang tak nak duduk diam..biasalah budak2.. Mendaftar dah hampir 30minit, tunggu giliran jumpa doktor pulak dekat sejam jugak.Lepas tu pergi kat bilik suntik untuk ambil sampel darah, sekali dah pukul 1 diorang rehat lak sampai pukul 2pm. Kena tunggu, pergi minum di kantin hospital, pastu pukul 2pm ambil darah, tunggu result 50minit baru siap. Waahh kena tunggu lagi, makanya pergi la solat dulu di masjid Ladang, nasib baik dekat je. Pastu baru leh jumpa doktor dan ambil ubat. Fuhh...Nasib baik sebelum ke hospital dah masak siap2. Kalau tak...ada yang hangin nanti..haha..Hari ni masak yang senang je, nasi minyak, lauk gulai kambing (resepi di SINI ) dan acar tomato pedas. Resepi nasi minyak yang saya buat macam kat bawah, sumber mak mertua.

Bahan2
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 helai daun pandan (dipotong)
3 cawan nasi
3 cawan air
2 sudu besar susu cair
sedikit kismis hitam

Cara2:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, biasanya saya pakai periuk rice cooker je.
Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan air, sos tomato,gula, garam, susu dan daun pandan. 
Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dicuci tadi serta kismis dan tanak sehingga beras kelihatan agak kembang.
*Kuantiti air mengikut jenis beras yang anda guna,macam masak nasi biasa.
Kemudian letakkan di atas rice cooker dan masak sehingga nasi betul2 masak.

13 comments:

Unknown said...

wah sedap ni ada nasi minyak pula kat sini...sungguh menyelerakan buat saya terasa laparlah...:)

zawani yusoff said...

nyum nyum...sedaknye..hikhik...

anymz said...

adusss,rata yang masak nasi minyak hari ni..ermmmm..lapar lah pulak..:)

Deliah's Deli said...

salam kenal :)

Cute Oven said...

salam ziarah...
aduh laparnya tengok nasi minyak tu...

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam semua..

Nieza,
nak fly la ke sini..hihi

Wani,
tganu mmg byk nasi minyak ni.. =)

Kak Anim,
wahh..merata ke? musim kot..

Deliah's Deli,
Salam kenal jugak...thanks sudi singgah..

CuteOven,
nak ke sepinggan? meh la sini..hihi

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Bestnya. Teringin nak try tapi entah bila le agaknya.

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak sam,
try la kak...senang je..mesti puas hati.. =)

Siti Mariam Hussain Zaki said...

salam,setengah hari kat hospital,mesti bosan sgt2 menunggu kan..kalau mariam mmg dh tak masak dh mcm tuh,tapau kt kedai je la jawabnye..heheheh..

indahhouse said...

salam Norul,
sedapnya nasi minyak.. resipi MIL ya? tentu sedap :))

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm mariam dan indahhouse..

mariam,
mkn mlm pon nak kena masak..masak je la pagi tu, lgpon sempat.. =)

indahhouse,
haah..mil punyer resepi..mmg sedap..senang lak tu nak buat.. =)

Eliza said...

Salam Norul Hana,
Nnt nak try buat nasik minyak style MIL awak yer..nampak cam senang..

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm Eliza,
Try la, mmg senang je.. =)