Thursday, April 21, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam bahagia semua...Moga2 hari ini dan hari2 yang mendatang lebih mematangkan kita...Meh rapat, meh rapat.. Ni nak cerita pasal Puding Karamel tanpa telur. Sesuai la untuk mereka2 yang alergi pada telur dan juga vegetarian. Sebelum ni selalu buat pon karamel yang guna telur banyak tu. Kali ni nak try yang tanpa telur pulak. Sedap, kanak2 kat rumah ni suka..sebab dia macam lembut je kan..manis2 gitu. Letak dalam peti, bila makan sejuk je tekak. Saya dah lama simpan resepi ni sebenarnya, biasalah kan...hihi..saya dapat resepi ni kat Myresipi. Terima kasih kepada tuan punya resepi Firasyira, minta izin nak kongsi kat sini yer.. =)


Bahan-bahan ( 10 orang )

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
Yang telah dipotong sedia untuk di makan... =)
Cara-cara
  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

10 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam sdp ni.. dessert fv mak akk ni..lamajuga x buat..nak rasa sikit leeeh yg dah potong tu heheh

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Seila,
amikla kak..saya bg 2 potong..hihi

issnita,
sila kan copy..try la buat.. =)

'idun sa'idun said...

wahh.. sy xtau pun bole buat puding karamel tanpa telur.. hehe bole cuba ni.. maceh norul.. :)

Zana~Sweet Rose said...

salam... akak singgah sini..nak makan puding tu...emmp sedapnyer!!

Yana Shaiful said...

salam kenal..xtau plak bleh bt puding ni tnpa telur..mst try nii..xsuka sgt nk mkn telur yg byk sgt nii..hehee

~Norul Mas Hana ~ said...

'idun sa'idun,
haah..boleh buat tanpa telur..rasa dia agak lain skit..kena try baru tau..hihi

Kak Zana,
wkmslm..sila kak..jgn memalu..hihi =) thanks sudi singgah...

Yana,
Salam kenal jugak..sila kan try..mana tau jd fav nnt.. =)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam norul..dah lama masuklam list TP lom sempat nk buat lagi..huuu

Adiweyah said...

Salam ziarah Norul..sodapnye puding karamel tu..dah lama tak buat..jom joint segmen mari berkenalan..n Fie tag Norul..

Unknown said...

sedap ni..akak suka tapi tak letak telur ni belum pernah buat lagila....harus dicuba ni..

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Azatie,
sama la mcm saya kak...bila sampai seru tu, kejap je dah jadi..hihi

Wkmslm juga Fie,
Insyaallah..nnt saya jenguk yer..thanks

Kak Nieza,
try la kak..mana tau leh suka..hihi